Friday, June 6, 2008

Minyak Naik! Rakyat Naik Minyak!

Desak kaji semula - Rakyat anggap harga baru petrol, diesel membebankan

KUALA LUMPUR 5 Jun – Kerajaan diminta mengkaji semula harga baru petrol dan diesel yang masing-masing naik 78 sen dan RM1 seliter kerana ia membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Kata Pembesar-Pembesar dan konco-konconya, "Minyak naik? Tarak apa, tarak apa!"
Kata rakyat marhaein, "Minyak naik? Tak dak apa (dahhhh)".
Gerombolan rakyat hatta didesa sekalipun keluar berbondong-bondong menyuarakan rasa 'terima kasih' pada mamanda bendahara.
Al kisah, tak dak sorangpun pemuda umno hadir memberi sokongan walhal ini isu rakyat. Di saat pembangkang mara menyuarakan derita rakyat, umno.. tanpa 'telur' menapak ke belakang. Bangunnnn la wahai pemuda umno!! Buktikan sumpah keramat untuk membela rakyat. Ini bukan lagi pasal parti, ini pasal penderitaan rakyat.


Tuesday, June 3, 2008

Ada Ubi Ada Batas

JPA penuhi kehendak rakyat

KUALA LUMPUR 2 Jun - Keputusan kerajaan menaikkan kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar bukan bumiputera dari 10 peratus kepada 45 peratus bertujuan memenuhi kehendak rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, ia cukup jelas pada pilihan raya umum lalu apabila rakyat segenap lapisan dengan lantang mahu kerajaan melakukan perubahan dan berlaku adil terhadap semua kaum.
"Apabila kerajaan cuba menaikkan kuota untuk biasiswa JPA bagi bukan bumiputera mengapa pula ada pihak yang hendak bising,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan beliau berhubung keputusan kerajaan menaikkan kuota biasiswa JPA untuk program ijazah di luar negara kepada pelajar bukan bumiputera dari 10 peratus kepada 45 peratus mulai tahun ini.
Secara keseluruhan sebanyak 2,000 biasiswa disediakan oleh JPA iaitu 1,100 untuk bumiputera dan 900 untuk bukan bumiputera.
Menurut Mohamed Nazri, pada pilihan raya umum lalu, rakyat telah membuat keputusan dengan memberikan sokongan kepada parti pembangkang kerana beranggapan UMNO tidak lagi relevan serta tidak berfungsi membela penduduk miskin.
''Jadi kali ini, kita cuba dengar cakap rakyat melalui keputusan yang kita buat dengan menaikkan kuota bukan bumiputera.
''Tetapi kenapa pula mereka hendak marah apabila kita cuba bantu penduduk miskin, bukankah ini yang mereka mahu,'' ujarnya.
Jelas beliau, orang Melayu telah memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Pas yang cukup jelas tidak menekankan perjuangan Melayu.
''Inilah padahnya dan orang Melayu perlu terima keputusan ini,'' tegasnya.
Ketika ditanya mengenai pertemuannya dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohamed Nazri berkata, beliau dijangka bertemu dengan GPMS pada pertengahan bulan ini bagi menjelaskan keputusan kerajaan itu kepada pertubuhan tersebut.


Wahai Cik Nazri oooi! Jangan la dok kata macam tu. Ni la padahnya kalau ada niat 'politik balas dendam'. Cuba pikiaq sat, kalau dinaik jadi 30% tu reasonable la ikut komposisi kaum. Rakyat membuat keputusan nyata dalam pilihanraya dahulu. Itu hak mutlak rakyat. Apapun ini masa untuk ikhlas bekerja dan mengembalikan kepercayaan rakyat. Bukan balas dendam cara ni. DS Nazri secara tersirat mengatakan ,"ha! padan muka hampa". Kalau camtu apa pulak nasib rakyat jelata yang memilih untuk mengundi Barisan Nasional atau UMNO. Tidak patut rasanya rakyat dihukum kerana tanpa rakyat tidak akan ada negara dan tidak akan ada Nazri Aziz. Jangan anggap Malaysia macam hak individu, UMNO, BN, PAS, MIC, MCA hatta hak PKR sekalipun. Sedarlah!