Friday, June 6, 2008

Minyak Naik! Rakyat Naik Minyak!

Desak kaji semula - Rakyat anggap harga baru petrol, diesel membebankan

KUALA LUMPUR 5 Jun – Kerajaan diminta mengkaji semula harga baru petrol dan diesel yang masing-masing naik 78 sen dan RM1 seliter kerana ia membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Kata Pembesar-Pembesar dan konco-konconya, "Minyak naik? Tarak apa, tarak apa!"
Kata rakyat marhaein, "Minyak naik? Tak dak apa (dahhhh)".
Gerombolan rakyat hatta didesa sekalipun keluar berbondong-bondong menyuarakan rasa 'terima kasih' pada mamanda bendahara.
Al kisah, tak dak sorangpun pemuda umno hadir memberi sokongan walhal ini isu rakyat. Di saat pembangkang mara menyuarakan derita rakyat, umno.. tanpa 'telur' menapak ke belakang. Bangunnnn la wahai pemuda umno!! Buktikan sumpah keramat untuk membela rakyat. Ini bukan lagi pasal parti, ini pasal penderitaan rakyat.


Tuesday, June 3, 2008

Ada Ubi Ada Batas

JPA penuhi kehendak rakyat

KUALA LUMPUR 2 Jun - Keputusan kerajaan menaikkan kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar bukan bumiputera dari 10 peratus kepada 45 peratus bertujuan memenuhi kehendak rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, ia cukup jelas pada pilihan raya umum lalu apabila rakyat segenap lapisan dengan lantang mahu kerajaan melakukan perubahan dan berlaku adil terhadap semua kaum.
"Apabila kerajaan cuba menaikkan kuota untuk biasiswa JPA bagi bukan bumiputera mengapa pula ada pihak yang hendak bising,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan beliau berhubung keputusan kerajaan menaikkan kuota biasiswa JPA untuk program ijazah di luar negara kepada pelajar bukan bumiputera dari 10 peratus kepada 45 peratus mulai tahun ini.
Secara keseluruhan sebanyak 2,000 biasiswa disediakan oleh JPA iaitu 1,100 untuk bumiputera dan 900 untuk bukan bumiputera.
Menurut Mohamed Nazri, pada pilihan raya umum lalu, rakyat telah membuat keputusan dengan memberikan sokongan kepada parti pembangkang kerana beranggapan UMNO tidak lagi relevan serta tidak berfungsi membela penduduk miskin.
''Jadi kali ini, kita cuba dengar cakap rakyat melalui keputusan yang kita buat dengan menaikkan kuota bukan bumiputera.
''Tetapi kenapa pula mereka hendak marah apabila kita cuba bantu penduduk miskin, bukankah ini yang mereka mahu,'' ujarnya.
Jelas beliau, orang Melayu telah memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Pas yang cukup jelas tidak menekankan perjuangan Melayu.
''Inilah padahnya dan orang Melayu perlu terima keputusan ini,'' tegasnya.
Ketika ditanya mengenai pertemuannya dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohamed Nazri berkata, beliau dijangka bertemu dengan GPMS pada pertengahan bulan ini bagi menjelaskan keputusan kerajaan itu kepada pertubuhan tersebut.


Wahai Cik Nazri oooi! Jangan la dok kata macam tu. Ni la padahnya kalau ada niat 'politik balas dendam'. Cuba pikiaq sat, kalau dinaik jadi 30% tu reasonable la ikut komposisi kaum. Rakyat membuat keputusan nyata dalam pilihanraya dahulu. Itu hak mutlak rakyat. Apapun ini masa untuk ikhlas bekerja dan mengembalikan kepercayaan rakyat. Bukan balas dendam cara ni. DS Nazri secara tersirat mengatakan ,"ha! padan muka hampa". Kalau camtu apa pulak nasib rakyat jelata yang memilih untuk mengundi Barisan Nasional atau UMNO. Tidak patut rasanya rakyat dihukum kerana tanpa rakyat tidak akan ada negara dan tidak akan ada Nazri Aziz. Jangan anggap Malaysia macam hak individu, UMNO, BN, PAS, MIC, MCA hatta hak PKR sekalipun. Sedarlah!

Friday, May 30, 2008

Antara Reform(asi) Dan Revolusi

UMNO sebenarnya dalam bahaya memerangkap diri sendiri. Kemasukan bekas anggota-anggota PKR boleh menyebabkan UMNO terus hanyut dengan agenda bekas bintang atau tahi bintang (mana yang berkenaan) UMNO sendiri, DSAI. UMNO harus bijak membezakan antara usaha-usaha reform dengan unsur-unsur revolusi. Maksud reform lebih kepada usaha-usaha pemulihan manakala revolusi menjurus kepada perubahan segera atau yang paling ekstrim, pemberontakan.

Pak Lah dalam keghairahannya untuk memenangi hati rakyat, setelah tamparan hebat PRU-12 lalu, perlu berhati-hati supaya tidak sebenarnya menjadi seperti burung kakaktua mengulangi laungan DSAI di dalam agenda reformasinya. Reformasi ala DSAI adalah lebih berpihak kepada revolusi yakni perubahan mendadak dan besar-besaran sesuatu keadaan. Manakala konsep "reforms" (atau reformasi) sebenar bukannya kerja-kerja yang dilakukan dan disiapkan dalam sehari tetapi merupakan usaha membanting tulang secara berperingkat-peringkat yang saya kira telahpun dimulakan oleh kepimpinan UMNO semenjak zaman penubuhannya lagi. Ianya bukannya kerja yang boleh disiapkan dalam sekelip mata tetapi perlukan perancangan dan perlaksanaan mengikut keadaan, masa dan tempat. Justeru, sebarang tindakan yang dilihat seperti menurut sahaja akan memberikan kemenangan awal kepada DSAI dan konco-konconya.

Bukankah sejak Negara mencapai merdeka lagi kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO telah menjalankan pelbagai polisi demi ‘Tradisi Membela Rakyat’. Kita percaya tiada siapa yang sanggup menafikan kejayaan Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Pertanian Negara, Dasar Buku Hijau waima Dasar Ekonomi Baru sekalipun walau kebelakangan ini menjadi sasaran kritikan pembangkang. Siapa berani penuh untuk mengatakan dasar-dasar tersebut tidak memberi barang sekelumit faedah kepada rakyat Malaysia, bukan sahaja kepada Bumiputera malah kepada kaum-kaum lain.

Permulaan era kepimpinan TDM, Malaysia terus pesat membangun dengan dasar-dasar seperti Dasar Perindustrian, Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penswastaan dan sebagainya. Sejajar dengan perkembangan dan kesedaran Islamisasi global, TDM turut memperkenalkan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dan secara praktisnya Malaysia dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang dinamik tanpa perlu melaung-laungkan sebarang slogan ke serata dunia.

Menjelang dekad kedua pentadbiran TDM, personaliti Malaysia terus menjulang tinggi. Bagi memartabatkan Negara Bangsa, TDM melaksanakan pelbagai pembaharuan dan projek pembangunan. Walaupun pada awalnya dikecam pelbagai pihak dan dicap sebagai pembaziran, tetap muncul dan tegaknya Menara KLCC, Putrajaya, KLIA, Sepang International Circuit dan sebagainya. Daripada sebuah negara kerdil, Malaysia menjadi mekar di pandangan Internasional. Inilah berkat visi dan wawasan kepimpinan terdahulu terutama TDM melaksanakan reform secara evolusi tetapi berkekalan nikmatnya. Malah tahap teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia kini amat mengkagumkan. Jika tidak, tiadalah laman-laman web dan blog yang anti kerajaan hingga menyebabkan menurunnya populariti Barisan Nasional dalam PRU 12. Bukankah sekarang hasilnya dinikmati bersama?

Apa bentuk, matlamat, halatuju dan kejayaan reformasi ala DSAI belum lagi kita ketahui. Hingga kini segalanya masih kelam; kelmarin putih, hari ni hitam, esok pula kelabu. Ya, hitam campur putih memang kelabu! Biasanyalah, produk segera atau ‘pasang siap’ ini rendah kualitinya kerana dihasilkan dalam keadaan tergopoh-gapah. Reform stail dan acuan UMNO secara "man-man" sudah terlaksana dan membuahkan hasil yang telahpun kita nikmati walaupun tanpa kita sedar (atau sengaja tidak mahu sedar). Apatah lagi untuk mensyukuri. Kalau ada sedikit cacat cela, perbaiki sajalah, sikit saja. Tak perlu tukar pun. Banyak elok lagi maa.

Tawarikh telah membuktikan tiada revolusi di alam maya manapun yang benar-benar berjaya sempurna tanpa kelemahan dan kekal bertahan lama. Maklumlah kategori produk segera; macam juga mee segera dan ‘artis-artis’ segera. Jadi, mana satu pilihan kalbu?

Ingat pesan orang tua-tua, “Berdentum guruh di langit, air tempayan dicurah jangan”. Sampai sampai jadi “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”.

Anak Kecil Main Api...

MMMM bantah kenaikan biasiswa bukan bumiputera 45 peratus

JOHOR BAHRU 29 Mei - Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) tidak bersetuju dengan langkah kerajaan menaikkan kadar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bukan bumiputera kepada 45 peratus daripada 10 peratus mulai tahun ini.
Setiausaha Satu MMMM, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, ini kerana kenaikan tersebut merupakan jumlah yang besar dan dianggap boleh menjejaskan hak dan faedah yang dinikmati oleh pelajar Melayu.
"MMMM berpendapat biasiswa perlu diberi kepada semua pelajar Melayu yang layak dan hak orang Melayu berkaitan itu tidak boleh diberikan kepada kaum lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz berkata, biasiswa JPA untuk program ijazah di luar negara kepada bukan bumiputera dinaikkan kepada 45 peratus mulai tahun ini berbanding 10 peratus tahun lalu.
Mohammed Nazri berkata, secara keseluruhan sebanyak
2,000 biasiswa disediakan oleh JPA iaitu 1,100 untuk bumiputera dan 900 untuk bukan bumiputera.
Zainal Abidin berkata, kenaikan biasiswa untuk bukan bumiputera kepada 45 peratus tidak wajar kerana ia hampir menyamai kadar 50 peratus yang dinikmati bumiputera.
Katanya, tindakan itu menggambarkan kerajaan seolah-olah memberi layanan sama rata kepada kaum lain dalam pemberian biasiswa dan dikhuatiri tidak mustahil pada masa depan kadar itu menjadi sama.
Tegasnya, kenaikan itu juga bertentangan dengan peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu.
"Sepatutnya pemberian perlu menggunakan sistem kuota bumiputera 65 peratus berdasarkan jumlah penduduk Melayu dan 35 peratus untuk bukan bumiputera," jelasnya.
Sementara itu di KUALA LUMPUR, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menuntut penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengenai langkah menaikkan biasiswa itu.
Setiausaha Agungnya, Khairul Anwar Mohd. Munir berkata, langkah itu amat memeranjatkan kerana dalam
Perlembagaan Perkara 152(2) dan 153(3) menyatakan dengan jelas pecahan biasiswa sebanyak 90 peratus kepada bumiputera dan 10 peratus untuk bukan bumiputera.
Beliau turut mempersoalkan kewajaran langkah tersebut memandangkan peratusan penduduk bumiputera di negara ini adalah lebih tinggi.
''Kedua, taraf kemiskinan dalam kalangan bumiputera juga adalah lebih tinggi berbanding bukan bumiputera.
''Dan dalam konteks pembabitan bumiputera di dalam sektor profesional, bumiputera masih jauh ketinggalan khususnya di Sabah dan Sarawak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Khairul Anwar menambah, langkah seperti itu sama sekali tidak mencerminkan sebuah dasar yang dilaksanakan ke arah mewujudkan keadilan sosial di negara ini.
Menurutnya, dalam jangka masa panjang, keputusan itu hanya akan merugikan dan menyebabkan bumiputera terus ketinggalan.
Bagaimanapun, Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik langkah JPA menaikkan biasiswa kepada bukan bumiputera.
Presidennya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa terdapat golongan bukan bumiputera yang tidak berkemampuan.
''Bagaimanapun, JPA perlu memastikan hanya bukan bumiputera yang layak sahaja menerima biasiswa tersebut.
''Langkah ini juga membuktikan yang kerajaan tidak hanya membantu satu golongan sahaja tetapi semua kaum,'' katanya.

Ini nampaknya macam satu lagi langkah terdesak pentadbiran PL untuk tunjukkan keadilan sosial. Tanpa menafikan hak kaum lain yang juga masih ada yang miskin, nasib kaum BUMIPUTERA (bukan Melayu saja tapi terdapat berbagai etnik Bumipuera di Malaysia) semakin diperjudikan.

Kita setuju dengan Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan dan Khairul Anwar Mohd Munir memandangkan peratusan kaum Bumiputera adalah sangat-sangat melebihi kaum lain (yang juga rakyat Malaysia). Fakta yang harus diakui, peratus kemiskinan Bumiputera masih tinggi berbanding yang lain. Jadi apa akan jadi jika kuota 55% yang tinggal itu telah penuh? Sedangkan kuota 45% disediakan untuk bukan Bumiputera yang polarisasinya lebih rendah. Malah peratus kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar bagi tahun 2004 ialah Bumiputera sebanyak 8.3 peratus, kaum India 2.9 peratus manakala kaum Cina 0.6 peratus.

Kita ingin berkongsi sesuatu. ADIL itu bukan maksudnya sama rata, sama rasa tapi memberi pertimbangan sepatutnya mengikut keadaan dan melakukan atau meletak sesuatu pada tempatnya.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah...... ahhh!!! itu cakap politik. (Saya sokong!!)

Kepada DS Nazri Aziz (dan Melayu-Melayu yang dah kaya raya), sedarlah bahawa bukan semua Melayu bernasib baik seperti anda. Ramai yang masih melarat dan tidak terbela nasibnya.

Kan! Kan! Kan!

Sedia tanding jawatan Ketua Pemuda

PETALING JAYA 29 Mei - Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau sedia bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO jika ia mampu membina dan mengangkat martabat Melayu menjadi bangsa yang dihormati.
Bagaimanapun, beliau sedar kedudukannya yang masih terlalu baru di dalam UMNO tidak membenarkan beliau untuk membuat keputusan yang besar itu.
Namun Mohamad Ezam berkata, beliau akan membincangkan soal itu dengan pemimpin UMNO yang lain terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
"Saya kena bincang dulu dengan pimpinan, kena bincang dengan kawan-kawan dan kalau jawatan itu untuk kepentingan negara, ia boleh membantu kepentingan negara, kepentingan parti, membina dan mengangkat martabat Melayu menjadikan Melayu satu kaum yang dihormati oleh kaum lain, saya akan pertimbangkan secara serius," katanya.
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kemungkinan kemasukan beliau ke dalam UMNO ialah untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda yang akan dikosongkan penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.



Ada hati jugak noooo!!! Halloooo Pemuda UMNO. Bangun! Bangun! Dalam Pemuda UMNO dah tak dak calon ka?

Thursday, May 29, 2008

Apa Dah Jadi?

“Kenapa saya berubah? Saya tidak berubah, saya menyokong dasar, bukan parti atau individu, dasar UMNO kini berubah, jadi saya kembali menyokong UMNO dan sudah tentulah menyokong kepimpinan yang berani mengubah dasar tersebut”

He also said he did not believe in the concept of "Ketuanan Melayu" or "Ketuanan Rakyat" for that matter because the concept of "lordship" is a Roman one and not an Islamic concept.

....he did say that he "holds strongly to the concept of an Islamic Malay nation that respects and acknowledges the rights of the other citizens from other races.”


Kemarin Pak Lah terima seorang lagi ahli baru (?) dalam majlis yang mendapat liputan luas media. Disuratkan dia tu sorang hulubalang yang nak berjuang dengan Pak Lah. "Kepulangan"nya macam mengiakan dakwaan UMNO parti aristokrat. Tengok la macam mana dari awai dia dipujuk oleh oleh orang-orang besaq. Ketibaan di Parlimen siap bersambut, nasib baik tak dak carpet saja. Orang marhain macam kita kalau nak jadi ahli kena pi ambik sendiri borang. Lepaih tu pi cari ketua cawangan. Macam-macam! Pasai apa dia tak pi hantaq saja borang tu kat mana-mana Bahagian Shah Alam. Apa perlunya pi bagi 'by hand' kat Pak Lah. Diskriminasi betui!!


Orang yang pernah lawan, kata macam-macam, bukti 'hantu' berlori-lori disambut macam pahlawan. Pasai apa ahli macam Datuk Mukhriz yang memang dah ahli bila kritik dan teguq benda betui pulak diserang bertubi-tubi. Ni bias nii! Bagitau sat, apa agenda sebenaq ni? Nak jadi catapult lawan Tun M/ Mukhriz ka? Jangan jadi "kera disusukan, anak mati kebuluq".


Dah jelas Ezam tak sokong parti, individu dan ketuanan Melayu. Sokong dasar saja? Bukankah UMNO tunggak utama perjuangannya membela Melayu? (tapi dalam masa sama tak abaikan kaum lain-memang UMNO dah buat pun). Bukahkan ahli-ahli UMNO dititah taat setia pada parti? Tang individu tu ok la, tapi orang yang 'bertitah' pulak terima orang macam ni. Kalau dari awai-awai pun dah kata lagu tu, lebih baik la Ezam pi masuk PAS. Konfius aku, konfius.

ahli baru umno?

nalla pun join umno kaa?




baca lagi disini